Pages

Masjid An-Nabawi

Masjid-masjid utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1,000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram
di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Pales
tin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.

Pada 16 hingga 19 Julai, saya berada di Madinah, peluang yang ada saya tidak mensia-siakan begitu sahaja. Saya cuba sedaya yang boleh berada di masjid setiap waktu solat dan berbuat ibadah sebanyak yang mungkin. Sangat manis saat2 berada disana. Tak sangka juga orang tanah Arab pandai berbahasa Melayu belaka... hehe...

0 comments:

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Simple and flexible... :)

Time is GOLD

Formula One Race

Formula One Race
Ferrari Fan : http://www.f1-live.com/

TV & Movies

  • Movies - Bone Collector
  • Movies - Harry Potter
  • Movies - Lord of The Ring
  • Movies - Meet Joe Black
  • Movies - Pirates of the Caribbean
  • Movies - Silence of The Lamb
  • Movies - The Sentinel
  • TV Series - Grey's Anatomy
  • TV Series - Heroes
  • TV Series - Kyle XY
  • TV Series - Lost
  • TV Series - Prison Break

Counter

Shout!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x